Sunday, March 14, 2010

Tips Mengenai Bubur & Sup

Bubur Lebih Pekat
Gunakan sagu untuk memekatkan bubur. Masukkan sagu sebaik sahaja santan mula mendidih. Jangan lupa bilas dulu sagu dengan air bersih ya.

Bubur Kacang Lebih Enak
Sebelum merebus kacang, goreng dahulu tanpa minyak, sehingga agak garing dan berbau wangi. Selepas itu, rendam dalam air lebih kurang dua jam. Kemudian, barulah dimasak seperti biasa.


Membuang Lemak Pada Permukaan Sup
Ambil ketulan ais, dan bungkus dengan kain bersih. Letakkan kain pada lemak yang terkumpul. Insyaallah, lemak akan terlekat pada kain tersebut. Selamat mencuba!

Sup bebola ikan










Bahan-bahan:
Bahan A :
10 biji bebola ikan

Bahan B : dimesin
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia

Bahan C :
½ inci kulit kayu manis
6 biji bunga cengkih
2 biji bunga lawang
1 peket sup bunjut-ikan
Garam secukup rasa
Air rebusan tulang ikan

Cara-cara:
1. Tumis bahan B dan masukkan sup bunjut,
kayu manis, bunga cengkih & bunga
lawang.
2. Kemudian, masukkan air rebusan ikan dan
biar hingga mendidih.
3. Masukkan garam secukup rasa
4. Taburkan daun sup, daun bawang dan
bawang goreng semasa menghidang

(Dapatkan resepi bubur sum-sum, bubur pulut hitam, sup belut, sup cendawan dan lain-lain lagi di dalam Majalah The Cook Edisi Mac)

Kek Lapis Sarawak

Kek Lapis Sarawak sudah sinonim dengan hidangan di Hari Raya mahupun majlis-majlis keraian. Namun lokasi yang jauh dengan Semenanjung Malaysia, membuatkan ramai yanng sukar untuk menikmatinya.
Tetapi kini, segalanya menjadi mudah. Waheeda Cakes House mula beroperasi pada tahun 2008. Pengurusnya yang dikenali sebagai Wan, merupakan anak jati Sarawak yang berani mencuba pasaran di Semenanjung.
Setiap lapis kek ini juga mempunyai pelbagai rasa yang lazat. Antara perisa yang disediakan adalah Lapis Masam Manis, Lapis Betawi, Lapis Oren, Lapis Peppermint, Lapis Mami Jarum dan sebagainya. Semasa musim perayaan terutama Hari Raya, Waheeda Cakes House menerima tempahan hampir 10,000 biji kek lapis untuk dipasarkan ke seluruh semenanjung. Untuk tempahan atau maklumat lanjut, sila hubungi Wan di talian 0167005289 atau Rouzan di 0197155882. Untuk Lembah Kelang, hubungi Zira di talian 0192674140 @0192144140.

Semangkuk Sup Menyihatkan.

Adakah anda tahu, sup dapat mengurangkan serba sedikit risiko penyakit merbahaya? Mari kita ambil ayam sebagai contoh, kerana ayam merupakan antara yang menjadi kegemaran kita semua. Apabila kita menggoreng ayam, kita menggaulkannya bersama garam dan kunyit untuk memberi rasa kepada ayam yang hendak digoreng. Cuba bandingkan, berapa banyak kandungan garam yang kita gaulkan bersama ayam yang mahu digoreng dengan kandungan garam yang ditambah ke dalam sup. Kita hanya menggunakan beberapa cubit garam untuk hidangan sup, berbanding beberapa sudu garam untuk menggoreng ayam. Umum mengetahui bahawa kita harus menghadkan atau mengurangkan pengambilan garam, kerana pengambilan garam yang tinggi dalam diet akan mendedahkan kita kepada risiko pelbagai penyakit merbahaya. Jadi, anda fikirlah sendiri!

Kak Eita Sup Ekor Stimbot

Pertemuan dengan tuan empunya restoran memberi peluang untuk penulis mengenal dengan lebih dekat lagi apa sebenarnya di sebalik ‘Kak Eita Sup Ekor Stimbot’. Galak pertemuan yang kadang-kadang diselit keramahan si pemilik restoran. Bicara bermula dengan sejarah pembukaan restoran ini. Menurut pemilik, nama restoran ini datang dari namanya sendiri – Kak Eita, atau nama sebenarnya Puan Norita Mohd Khalid. Mendapat sentuhan daripada resipi turun temurun yang diperturunkan oleh nendanya, kini Kak Eita telah beroperasi lebih dari 30 tahun dan mula dikenali di sekitar daerah Alor Gajah, Melaka.

Konsep yang diterjemah pada dekorasinya tidak mengecewakan apabila hidangan istimewa restoran ini tersaji di depan mata. Ternyata, tidak menghampakan apabila semuanya dijamah! Bersesuaian dengan slogan restoran – “Citarasa Tiada Bandingan”.

Perhatian: Basuhlah tangan!

Basuhlah tangan selepas:
- Menggunakan tandas
- Mengendalikan makanan mentah (daging, ayam, ikan dan sebagainya)
- Mengendalikan sampah
- Menyentuh telinga, hidung, mulut dan juga bahagian lain tubuh badan.
- Merokok
- Memegang binatang
- Selepas waktu rehat.

Hidup Untuk Makan

Tahukah anda bahawa corak pemakanan sebenarnya lebih dipengaruhi oleh selera berbanding daripada isyarat lapar yang dihantar kepada otak yang mengatakan bahwa kita perlu makan?

“Kelaparan”, “selera”, dan juga “kenyang” mempengaruhi diet dan corak pemakanan. Jika seseorang itu belajar bagaimana caranya untuk memberi tindak balas dan bagaimana caranya untuk mengawal ketiga-tiga faktor ini, maka peratusan kejayaan untuk mengawal berat badan akan meningkat. Akan tetapi, bagaimanakah caranya? Ketahui cara-cara mengawalnya di dalam majalah The Cook Edisi Mac.