Wednesday, February 24, 2010

Celoteh Editor

Salam Sejahtera semua,

Terima Kasih pembaca sekalian kerana terus membaca The Cook: Citarasa Orang-Orang Kita. Perayaan Tahun Baru Cina baru shj berlalu tetapi sambutannya masih terasa...begitu juga dgn kami di The Cook apabila isu Februari yg bertemakan Masakan Cina sempena CNY yg di terbitkan pada 15bh Februari lalu baru shj 2 minggu berada di pasaran, tetapi isu bulan Mac 2010 sudah pun menunggu utk di pasarkan seawal 1 haribulan.

Kami di The Cook telah membuat satu perubahan iaitu setiap keluaran The Cook bermula pada isu Mac 2010 akan di terbitkan pada 1 haribulan pada tiap-tiap bulan...ini adalah kerana sambutan yg kami terima dari pembaca di luar sana sangat menggalakkan dan telah memaksa kami utk memenuhi permintaan pembaca-pembaca utk di terbitkan pada awal bulan. Atas sokongan anda yg semakin kuat/meningkat dan berterusan ini sgt kami hargai dan kami ucapkan jutaan terima kasih...janji kami pada anda ialah kami akan terbit The Cook setiap bulan dgn lebih mantap dan menarik lagi selepas ini. nantikan juga beberapa perkara menarik yg akan kami rangka melalui The Cook tidak lama lagi ya. Pastikan semua pembaca tidak ketinggalan utk mendapatkan setiap keluaran The Cook selepas ini. Oh ya...jgn lupa utk layari laman web kami utk mendapatkan borang langganan okey...ada tawaran istimewa menanti anda melalui pakej langganan tersebut...jangan lepaskan peluang keemasan ini.

Kami juga telah menerima dgn banyaknya panggilan telefon/email/surat pembaca dari seluruh negara yg mana di tempat mereka tinggal/kerja susah utk mendapatkan salinan majalah The Cook. Kami ingin memohon maaf di atas kesulitan tersebut. InsyaAllah, pengedaran majalah The Cook akan kami perluaskan dari semasa ke semasa. Dalam pada itu, jikalau pembaca sekalian mengalami kesukaran utk mendapatkan salinan The Cook, anda bolehlah membuat langganan terus dgn kami. Borang langganan boleh didapati di laman web kami.

Pembaca sekalian, fokus bagi isu Mac, kami akan ketengahkan hidangan yg berasaskan Sup dan Bubur. Setelah penat menjamah juadah dan hidangan yg "berat-berat" pada perayaan CNY baru-baru ini, mungkin pembaca mahukan suatu yg lebih "light dan simple" bagi hidangan anda pada kali ini tanpa mengabaikan keseronokan dan keenakan makanan tersebut. Jawapannya ada pada The Cook isu Mac ini.

Jangan Lupa utk sebarkan berita baik ini kepada kaum keluarga/sanak saudara/sahabat handai/rakan taulan anda okey...Sekian Salam Kulinari.

Monday, February 22, 2010

Indonesia: Jawa Tengah dan Jawa Barat

Jawa Tengah

Di Jawa Tengah, nasi adalah makanan ruji. Selain itu, ubi kayu kering atau lebih dikenali sebagai “gaplek” juga banyak dihidangkan sebagai makanan ruji. Sayur pula kurang popular penggunaannya dalam kebanyakkan masakan di Jawa Tengah. Hasilan laut seperti ikan (sama ada segar ataupun dikeringkan) adalah popular di sini, terutamanya di kawasan populasi persisir pantai. Ikan air tawar pula tidak banyak diaplikasikan sebagai hidangan, ikan keli yang lebih dikenali sebagai lélé. Lélé biasanya akan digoreng dan dihidangkan bersama cili dan juga sayuran yang dijadikan ulam.


Jawa Barat

Orang-orang yang tinggal di Jawa Barat dipanggil orang Sunda. Makanan masyarakat ini adalah amat menarik untuk kita terokai. Asas kepada masakan masyarakat ini adalah samabl dadak (cili dan juga bahan-bahan lain yang dikisar halus). Tanpa sambal dadak, hidangan masyarakat Sunda adalah tidak lengkap. Selain itu, masyarakat Sunda juga banyak makan sayur-sayuran dan ia biasanya dibuat ulam (dipanggil “lalap” atau “lalapan”). Sayur-sayuran seperti timun, tomato, kubis banyak dibuat “lalapan”. “Lalapan” biasanya di padankan atau dimakan bersama-sama sambal dadak.

Apa yang Terjadi kepada Makanan yang Kita Makan


Anda makan. Setiap pagi, tengahari, dan malam. Akan tetapi pernahkah anda terfikir apa yang terjadi kepada makanan yang telah anda makan?
Sebenarnya, badan kita memecahkan makanan dengan kehadiran enzim yang berbeza di bahagian tubuh badan yang berbeza, bermula daripada mulut, perut dan juga usus kecil.
Apakah enzim? Enzim merupakan molekul komplek yang mempunyai kebolehan untuk mengubah molekul komplek yang lain, tanpa mengubah struktur ianya sendiri. Enzim-enzim pencernaan menjalankan tanggungjawabnya dengan memecahkan molekul-molekul makanan untuk menjadi bahagian yang lebih kecil supaya dapat larut dalam darah.
Proses ini sangat komplek akan tetapi ia berjalan dengan lancar dengan kerjasama setiap bahagian di dalam tubuh badan, bermula dari mulut, esophagus, perut, usus besar dan kecil, hati, dan juga pundi hempedu.

Kenali Pisau Anda - Part II

Pada keluaran lepas, kita telah mengetahui asas asas pisau dan penggunaannya. Untuk keluaran kali ini, kita akan membawa anda mengenali pisau-pisau yang sering digunakan di dapur. Ada pelbagai jenis pisau yang sering digunakan. Namun kita tidak mengetahui apakah jenis pisau yang sesuai untuk digunakan di dapur. Walaupun asas setiap pisau adalah sama tetapi berbeza syarikat pengeluar dan bentuk.
Dapatkan juga tips-tips membeli pisau untuk kegunaan dapur anda di dalam majalah The Cook!

Rencah Nakhoda Dapur – Eksekutif Chef


Di era yang sama sekali berbeza dari era Malaysia 20 tahun yang lampau, makanan kini bukan sahaja sekadar pelengkap keperluan biologi masyarakat. Ia kini mula diterima ramai sebagai satu bentuk seni halus yang harus diteroka. Di atas perkembangan yang menarik ini, sekalung pujian harus diberi kepada para seniman kulinari tanah air. Ini kerana mereka berjaya untuk membangkitkan deria rasa segenap lapisan masyarakat untuk menghargai nilai sebenar santapan yang disaji. Bagi para seniman kulinari yang ‘beraksi’ di pentas dapur setiap restoran mahupun hotel, mereka ini diketuai seorang nakhoda yg lebih dikenali sebagai Executive Chef.

Tupperware Brands

“Tupperware” nama yang begitu sinonim dengan produk-produk kelengkapan dapur di rumah, mencakupi produk-produk untuk penyediaan, penyimpanan, serta hidangan makanan. Mula diperkenalkan pada tahun 1946, Tupperware terus gah dan mencipta nama yang begitu dekat dengn hati pengguna di Malaysa selama 44 tahun, sehinggakan apa sahaja jenis produk berasaskan plastik untuk penyimpanan disebut dengan nama Tupperware.

Perhatian! Bakteria Membiak? Sila hati-hati : Keperluan Bakteria untuk Membiak

Dalam keluaran lepas, serba sedikit kita telah menyingkap tentang jenis-jenis bakteria yang menyebabkan keracunan makanan. Kali ini, topik keselamatan makanan masih lagi berkisar tentang dunia makhluk seni satu sel ini iaitu bakteria. Akan tetapi, kali ini penulis akan membawa para pembaca kepada satu dimensi berbeza dalam dunia bakteria. Satu dimensi yang dinamakan “KEPERLUAN BAKTERIA UNTUK MEMBIAK”.
Keperluan
Mamalia, reptilia, amfibia, burung, dan segala macam jenis hidupan pasti memerlukan keperluan asas seperti udara, makanan, dan minuman untuk hidup. Tanpa semua itu, makhluk ciptaan Tuhan di bumi ini pasti tidak akan dapat hidup dan membiak. Keadaan ini samalah seperti bakteria. Kerana bakteria pada lahiriahnya adalah makhluk, iaitu salah satu hidupan di muka bumi ini.
Sebenarnya, kebanyakan bakteria penyebab keracunan makanan perlu membiak dengan banyak di dalam makanan sebelum berupaya menyebabkan penyakit. Namun, untuk membiak dengan banyak, bakteria ini memerlukan kondisi yang sesuai. Terdapat empat kondisi utama yang dikenal pasti sebagai keadaan di mana ia dapat menyokong pembiakkan bakteria dalam makanan iaitu makanan, kelembapan, suhu yang sesuai dan juga masa.

Restoran Mukmin


Restoran Mukmin di lokasi Seksyen 19 Shah Alam, ini dimiliki sepenuhnya oleh Tuan Hj. Sharin Low dan telah memulakan operasinya sekitar 13 Mac 2009. Taruhan utama restoran ini semestinya menu asli masakan kantonis yang disediakan oleh beberapa chef berketurunan cina

Chef Raman Abu Samah

Dilahirkan di Kampung Kelumang, Alor Gajah Melaka dan dibesarkan di Singapura kerana ketika itu, bapa berkhidmat dengan polis Singapura. Mulanya saya di dalam bidang ini disebabkan dorongan minat yang amat tinggi di dalam bidang masakan. Falsafah hidup saya, lakukan sesuatu dengan minat, yang lain akan menyusul kemudian. Minat amat perlu di dalam kerjaya kerana ia amat mempengaruhi akan hasil dan kehidupan anda sendiri.

Fried Wantan


Bahan A : dimesin
1 cawan udang basah ( dibuang kulit )
Garam dan gula secukup rasa
Lada putih / sulah secukup rasa

Bahan B :
1 cawan bawang besar ( dipotong dadu )
1 biji putih telur
4 - 5 helai daun bawang ( dihiris halus )
Kulit wantan

Cara-cara :
1 . Satukan bahan A yang dimesin ersama bawang, putih telur dan daun bawang.
2 . Gaul hingga rata.
3 . Ambil sekeping kulit wantan, masukkan satu sudu kecil inti dan bungkus kulit wantandari satu penjuru ke penjuru yang bertentangan.
4 . Gunakan sedikit air untuk melekatkan kulit wantan.
5 . Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan

Teh : Keajaiban Dari Purba

Minuman teh sudah menjadi semakin sinonim dengan masyarakat dunia zaman kini. Sejarah awal telah mencatat bahawa minuman teh diperkenalkan pada zaman pemerintahan mahajara China yang menjadi ikon lagenda iaitu Maharaja Shennong. Pencipta bidang agrikultur dan ubat-ubatan cina itu sedang minum semangkuk air panas apabila beberapa helai daun daripada pokok berdekatan terbang masuk ke dalam mangkuk tersebut, menukarkan warnanya. Melihatkan akan kejadian ini, Maharaja Shennong menghirup sedikit dan terpesona dengan rasa dan sifat pemulihan air tersebut. Terdapat versi lain mengatakan bahawa maharaja itu mencuba pelbagai ciri-cir herba perubatan terhadap dirinya sendiri termasuk yang bersifat racun dan beliau mendapati teh boleh bertindak sebagai penawar.