Adakah anda tahu, sup dapat mengurangkan serba sedikit risiko penyakit merbahaya? Mari kita ambil ayam sebagai contoh, kerana ayam merupakan antara yang menjadi kegemaran kita semua. Apabila kita menggoreng ayam, kita menggaulkannya bersama garam dan kunyit untuk memberi rasa kepada ayam yang hendak digoreng. Cuba bandingkan, berapa banyak kandungan garam yang kita gaulkan bersama ayam yang mahu digoreng dengan kandungan garam yang ditambah ke dalam sup. Kita hanya menggunakan beberapa cubit garam untuk hidangan sup, berbanding beberapa sudu garam untuk menggoreng ayam. Umum mengetahui bahawa kita harus menghadkan atau mengurangkan pengambilan garam, kerana pengambilan garam yang tinggi dalam diet akan mendedahkan kita kepada risiko pelbagai penyakit merbahaya. Jadi, anda fikirlah sendiri!
...dengan tagline Citarasa Orang-orang Kita merupakan majalah pertama berkonsepkan tabloid berintipatikan pengisian berunsurkan akademik disamping resipi yang semestinya mampu bertindak sebagai rujukan kepada sesiapa sahaja. The COOK yang telah mula berada di pasaran sejak Jun 2009, kini tampil dengan wajah baru , kandungan yang lebih mantap dan berinformasi serta dengan harga yang amat berpatutan di pasaran .
No comments:
Post a Comment