Saturday, January 16, 2010

Jabatan Hospitaliti Politeknik Sultan Idris Shah


Industri hospitaliti dan pelancongan kini adalah antara industri yang menjadi penyumbang utama kepada ekonomi negara. Jadi tidak hairanlah jika industri ini telah banyak membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Ternyata, perkembangan ini sentiasa mendapat perhatian institusi-institusi pengajian tinggi baik awam mahupun swasta. Kini, banyak institusi-institusi pengajian tinggi menawarkan kepelbagaian kursus dan program yang menjurus kepada ilmu hospitaliti seperti pemakanan, perhotelan dan juga pelancongan, antaranya Jabatan Hospitaliti Politeknik Sultan Idris Shah.
Walaupun politeknik ini baru sahaja berusia kira-kira enam tahun, ia telah banyak menyumbang kepada pengeluaran tenaga mahir dalam industri hospitaliti.

No comments:

Post a Comment