Saturday, January 16, 2010

Bakteria Membiak... Sila hati-hati!

Pernahkan kita terfikir bahawa makanan yang menjadi hidangan kita sehari-harian sebenarnya boleh menjadi tempat paling strategik untuk pembiakkan bakteria yang boleh menyebabkan keracunan makanan? Kita seharusnya sedar, walaupun makanan yang kita sediakan itu sudah diteliti aspek keselamatannya dari segi penyediaan sebelum memasak (mise en place) sehinggalah kepada aspek keselamatan semasa menghidang, sebenarnya masih ada kemungkinan membiaknya bakteria yang boleh menyebabkan keracunan makanan ke tahap yang lebih serius.
Cara terbaik untuk mengelak daripada bakteria; daging, ayam, dan telur hendaklah dimasak dengan sempurna. Selain itu, jadikan amalan memasak daging atau stik sehingga tahap“well done” iaitu betul-betul masak.
Elakkanlah alat pemotong yang digunakan untuk memotong daging mentah, kemudian digunakan untuk memotong sayur ataupun ikan. Jadikanlah amalan asas seperti ini satu kemestian bagi menjamin keselamatan makanan yang anda hidangkan.

No comments:

Post a Comment